SERDANG: Seramai 30 pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Darul Azhar menerima pelbagai bentuk sumbangan, antaranya baju raya, daripada polis Serdang serta badan bukan kerajaan sempena bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A.A. Anbalagan berkata, sumbangan itu merupakan salah satu daripada inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyantuni komuniti setempat sempena bulan Ramadan.
Beliau berkata, selain pelajar, tenaga pengajar Maahad Tahfiz Darul Azhar itu turut menerima sumbangan daripada PDRM dan badan bukan kerajaan Touching Lives Club Kuala Lumpur dan Selangor.
"Ini merupakan projek daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bagi memastikan setiap perayaan di negara ini diraikan bersama-sama dengan penuh kegembiraan oleh setiap kaum," katanya kepada Bernama sempena majlis berbuka puasa IPD Serdang pada Selasa. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023
ACP A.A. Anbalagan menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar tahfiz.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Siti Kamisah berkata, kepadatan penduduk, aktiviti ekonomi, desakan hidup serta capaian internet yang meluas menjadi antara faktor.
Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
INNOVATHON musim kedua sasar tarik bakat muda, pupuk minat pada STEM
INNOVATHON musim kedua memfokuskan kepada penghasilan tenaga kerja dan bakat masa depan yang mampu bergerak seiring dengan kemajuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Adab di pagi 1 Syawal
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin...
Teh panas jadi hidangan tradisi selepas Tarawih di Pakistan
Tradisi berkumpul untuk "chai dan gup shup" bukan sahaja terhad di Quetta tetapi kelaziman di kebanyakan bandar utama di Pakistan.
Ramadan dan Syawal menggamit rindu perantau
Bulan Ramadan di perantauan mempunyai cabaran tersendiri terutamanya perlu berpuasa untuk tempoh yang panjang.
Empat beranak tinggal dalam bangsal, tiada persiapan Aidilfitri
Sebelum ini mereka sekeluarga menyewa di Seberang Perai Utara, namun disebabkan masalah kewangan, mereka tidak dapat melunaskan sewa rumah.
Agong berkenan menerima menghadap, berbuka puasa bersama PM
Mesyuarat yang bermula pada 6 petang itu berlangsung selama kira-kira sejam, sebelum disusuli dengan majlis berbuka puasa.
Baju raya mahal: Keperluan atau kehendak nafsu?
Murah tidak semestinya tidak berkualiti dan mahal tidak semestinya berkualiti tinggi.
Kuota internet tambahan percuma sempena Aidilfitri
Pengguna pakej prabayar akan menikmati kuota Internet tambahan percuma dan pulangan tunai sempena Aidilfitri bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Aidilfitri: Lebih 3 juta kenderaan dijangka masuk Perak
Lebih tiga juta kenderaan dijangka memasuki Perak melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) menjelang sambutan Aidilfitri.
Jordan Mintah bawa anak yatim beli baju raya
Perbezaan agama tidak jadi halangan bagi pemain bola sepak Terengganu FC (TFC), Jordan Mintah untuk membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan membuat persiapan hari raya.
PDRM beri diskaun khas semua saman, hanya bayar RM50 - PM Anwar
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Kadar Khas Bayaran Saman yang hanya berjumlah RM50 bagi semua saman trafik, bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023.